RM3.7 juta saman merokok di tempat larangan dikeluarkan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan 14,872 notis berhubung kesalahan merokok di kawasan larangan dengan jumlah RM3.7 juta pada tahun ini setakat April, kata menterinya Dr Zaliha Mustafa.
Dia berkata notis itu dikeluarkan menerusi 5,028 operasi yang dibuat bagi tempoh yang sama.
Sementara itu, bagi 2022, Zaliha berkata 12,773 operasi dilakukan, di mana 30,648 notis kesalahan dikeluarkan dengan nilai denda sebanyak RM7.6 juta.
"KKM mengambil maklum dan memandang serius berkaitan isu aduan kesalahan merokok di tempat larangan, terutama di tempat makan yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini dan tular di media sosial.
"Antara langkah yang dijalankan KKM adalah meningkatkan aktiviti penguatkuasaan larangan merokok yang dijalankan secara berkala di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di semua negeri," katanya dalam jawapan bertulis Parlimen semalam.
Dia menjawab soalan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Abdul Rahman berhubung langkah penguatkuasaan yang diambil berkaitan larangan merokok di tempat makan, susulan aduan di media sosial berkenaannya.
Zaliha berkata KKM juga merancang melaksanakan kegiatan penguatkuasaan bersama-sama polis di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Selangor bulan ini, dan akan disusuli di negeri-negeri lain.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai