Pemuda PKR T'ganu gesa MB hentikan jualan tanah awam
Pemuda PKR Terengganu menggesa Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar agar menghentikan jualan tanah awam di negeri itu.
Ia selepas Samsuri berkata penjualan tanah kepada Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa) bukanlah isu dan dibuat mengikut undang-undang.
Selain menyifatkannya sebagai buakn isu, Samsuri turut mendakwa penjualan tanah tersebut disensasikan menjelang PRN.
Bagaimanapun Pemuda PKR negeri berkata kerajaan seharusnya melaksanakan sistem tender terbuka bagi mengelakkan "amalan kronisme" di bawah pentadbiran Samsuri.
"Apakah pertimbangan yang diberikan terhadap pengurangan bayaran premium sehingga 11 kali ganda lebih murah berbanding harga premium asal?
"Apakah amalan atau duluan yang diikuti dengan bayaran yang dikenakan 58 kali ganda lebih murah berbanding harga pasaran tanah tersebut?
"Apabila Samsuri mengatakan ini cuma isu kecil, adakah penjualan tanah milik rakyat kepada NGO pro-PAS adalah amalan biasa yang diterima oleh kepimpinan mereka," katanya dalam kenyataan, semalam.
Daripada RM29.3 juta kepada RM500,000
Terdahulu, kerajaan negeri didakwa menjual tanah seluas 11,299 meter persegi di Kuala Terengganu dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran.
Menurut laporan, tanah itu pada mulanya dinilai berjumlah RM29.3 juta namun dijual kepada Khairunnisa pada harga RM500,000.
Dakwaan itu turut menyatakan dokumen daripada Pendaftar Tanah Kuala Terengganu bertarikh 10 Februari 2019 - yang tidak disahkan - menyatakan ia tidak mempertimbangkan permohonan pembelian tanah oleh persatuan itu.
Ini kerana status tanah tersebut yang diwartakan untuk tujuan awam di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara pada 28 April 2011.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai