Skip to main
Logo Malaysiakini

‘Saya ingat tak hidup lagi’ - Anwar kenang insiden mata lebam

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Walaupun sudah berada di tampuk kekuasaan, Perdana Menteri Anwar Ibrahim masih ingat terhadap jalan berliku yang dilaluinya untuk sampai ke situ.

Salah satu pengalaman yang masih diingatinya ialah insiden “mata lebam” pada 1998 apabila dia menjadi mangsa keganasan polis.

“Pada malam ini saya dipukul dengan teruk. 

“Saya hanya fikir keluarga saya, (Wan) Azizah (Ismail) dan keluarga.

“Dan saya fikir oleh kerana serangan hebat itu, saya tidak akan hidup lagi,” katanya dalam dokumentari Al-Jazeera bertajuk “From Prison to Prime Minister: Malaysia’s Anwar Ibrahim”.

Isterinya Azizah dan anak Nurul Izzah turut diwawancara stesen TV antarabangsa itu.

Bekas ketua polis negara Abdul Rahim Noor pada 2000 disabitkan bersalah memukul Anwar ketika dalam tahanan. 

Lima tahun selepas itu dia membuat permohonan maaf kepada Anwar.

[Baca berita asal]