Suspek disiasat SPRM mati akibat serangan jantung
Kematian seorang lelaki semasa dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam disahkan berpunca daripada serangan jantung.
Menurut sumber, dapatan itu diperolehi hasil bedah siasat ke atas mayat suspek terbabit.
Dua juga menyatakan tiada sebarang kecederaan dikesan pada mayat lelaki berusia 68 tahun itu. Justeru polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.
Sementara itu cubaan Malaysiakini untuk mendapatkan reaksi daripada waris atau ahli keluarga lelaki terbabit - yang ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) - tidak berjaya apabila mereka enggan memberikan sebarang kenyataan kepada media.
Difahamkan suspek ditahan kelmarin bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan aktiviti pelombongan tanpa lesen di Pahang.
Ketika disoal siasat pegawai SPRM di Putrajaya semalam, lelaki terbabit kelihatan tidak sihat sebelum dia dikejarkan ke hospital.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan kepada Malaysiakini, suspek meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya.
Difahamkan, ada dua lagi suspek yang ditahan bersama lelaki terbabit, masing-masing seorang pengusaha lombong dan penjawat awam.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai