Skip to main
Logo Malaysiakini

Nga mohon maaf tempat letak kereta ditutup ekoran rombongannya

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming memohon maaf atas dakwaan menggunakan 30 tempat letak kereta untuk acara makan tengah hari di Pulau Pinang, semalam.

Dalam kenyataan yang disiarkan di laman Facebook The Rocket, Nga menjelaskan dia tidak tahu-menahu berkenaan perkara itu.

"Jika insiden ini menyusahkan perniagaan setempat dan orang Pulau Pinang, saya benar-benar memohon maaf.

"Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan akan menyemak aturan tempat letak kereta dan komited untuk berusaha menghidarkan sebarang kesusahan kepada orang awam ketika melakukan pemeriksaan," katanya.

Permohonan maaf Nga susulan laporan China Press yang Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah menguntukkan sejumlah tempat letak kereta di luar sebuah restoran di Jalan Campbell untuk rombongan Nga, pada malam Khamis lalu.

Laporan itu juga menyatakan yang kereta yang diletakkan di situ sepanjang malam turut ditarik ke tempat lain dan tempat letak kereta di situ kemudiannya ditutup.

Namun Datuk Bandar Pulau Pinang A Rajendran kemudian berkata penutupan tempat letak kereta untuk VIP adalah "amalan biasa".

The Star memetik Rajendran sebagai berkata kereta-kereta yang diletakkan di situ dipindah ke kawasan berdekatan, bukan ditarik seperti yang didakwa.