Skip to main
Logo Malaysiakini

'Masukkan sejarah Orang Asli dalam silibus di sekolah'

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Pemimpin Pemuda PKR hari ini menggesa kerajaan memasukkan sejarah Orang Asli dalam silibus pendidikan bagi mengurangkan diskriminasi terhadap masyarakat itu.

Ketua Penerangan Pemuda PKR Johor Mazerol Way Ah Lon berkata di menerima banyak aduan daripada belia Orang Asli berkenaan diskriminasi yang dihadapi mereka di sekolah.

"Kawan kita (Orang Asli) mengadu bagaimana ada dalam kalangan mereka yang diejek di sekolah.

"Ini kerana pelajar alami 'kejutan budaya' apabila mereka berjumpa dengan Orang Asli di sekolah," katanya dalam sidang media di Petaling Jaya, hari ini.

Mazerol berkata, punca perkara itu berlaku adalah kurangnya kesedaran di kalangan masyarakat berkenaan kewujudan dan kepentingan Orang Asli di Malaysia.

"Oleh kerana sejarah Orang Asli tidak diajar di sekolah, ramai yang tidak sedar akan kewujudan mereka," katanya lagi.

Mazerol mendakwa peminggiran itu menyebabkan golongan muda Orang Asli ketinggalan berbanding orang lain di sekolah dan kemudiannya di peringkat pengajian tinggi.

Turut hadir dalam sidang media adalah Naib Presiden Pemuda PKR Atyrah Hanim Razali dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung.