Skip to main
Logo Malaysiakini

PRN: Calon wanita PKR telah disenarai pendek - Fadhlina

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Wanita PKR telahpun menyiapkan senarai pendek calonnya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan di enam negeri tidak lama lagi.

Ketuanya Fadhlina Sidek berkata ketika ini pihaknya masih menunggu keputusan daripada pucuk pimpinan untuk ditentukan kerusi bagi calon yang telah disenaraikan.

"Kita (buat) senarai pendek calon-calon yang akan bertanding pada PRN di enam negeri ini.

"Nama (sudah) ada, cuma (sekarang ini) untuk tentukan kerusi (sahaja) dan juga untuk memastikan kemenangan Pakatan Harapan (PH) dan seterusnya Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas program Korban Perdana Nibong Tebal di Masjid Jamek Al Huda Sungai Bakau, di Nibong Tebal hari ini.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN tidak lama lagi ialah Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.

- Bernama