Jangan tertipu dengan puak politik penipuan - Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan para pengundi dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan tidak lama lagi agar membuat pilihan yang bijaksana semasa mengundi.
Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata pengundi diharapkan tidak mudah tertipu dengan pelbagai 'politik muslihat' yang dibawa pembangkang, semasa BN memberikan lebih tumpuan kepada 'politik pembangunan' demi kesejahteraan rakyat.
"Apa yang kita buat selama ini tertumpu kepada politik pembangunan, tapi puak sana (pembangkang) politik penipuan.
“Akhirnya penipuan yang dirancang itu jadi kemenangan, pembangunan yang kita buat orang lupakan, itulah hakikatnya,” katanya.
Berucap di Majlis Korban Perdana dan Jamuan Rakyat BN di Pantai Penunjuk, Kijal dekat Chukai, hari ini, presiden Umno tu berkata pengundi di Terengganu ini khususnya, tidak boleh lagi tewas dengan penipuan.
Sementara itu Ahmad Zahid berkata kumpulan pengundi muda amat penting kerana pada asasnya jumlah golongan itu mencecah 50 peratus, dan beliau menekankan bahawa Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa memahami cita rasa dan mendengar denyut nadi anak muda.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai