Skip to main
Logo Malaysiakini

'Bukan perkara baru Mahathir-Muhyiddin bersekongkol'

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Bukan sesuatu perkara baru untuk menyaksikan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin bersekongkol untuk mempertahankan cara dan harta mereka, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim, hari ini.

Dia mengulas lawatan pengerusi PN itu ke kediaman Mahathir di Seri Kembangan, Selangor pada malam Selasa lalu yang berlangsung selama hampir dua jam.

“Itu bukan perkara baru. Kita tahu kelompok itu tetap akan bersekongkol untuk pertahankan cara mereka dan harta mereka. 

“Jadi, kita (kerajaan) bertanggungjawab untuk menyelamatkan negara tercinta,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan International Social Wellbeing Conference 2023 di Kuala Lumpur, hari ini.

Di sebalik kerjasama dua bekas perdana menteri, Anwar berkata gabungan Pakatan Harapan (PH) dan BN pada  pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri tidak akan terjejas.

PRN yang melibatkan Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijalankan secara serentak dengan 12 Ogos ditetapkan sebagai tarikh pengundian, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos.

[Baca berita penuh]