Skip to main
Logo Malaysiakini

PRN: 'Gelombang hijau' atau riak kecil, ikuti forum malam ini

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Pilihan raya peringkat parlimen pada tahun 2022 menyaksikan perubahan undi yang luar biasa ke arah Perikatan Nasional. Fenomena ini kini dirujuk banyak pihak sebagai “gelombang hijau”.

Meneruskan momentum PAS pada 2018 gabungan PN mendominasi semua peti undi di Kelantan, Perlis dan Terengganu, dan menang semua kecuali satu kerusi parlimen di Kedah.

PN juga berjaya meluaskan pengaruhnya di negeri-negeri lain, termasuk Pulau-Pinang dan Selangor, kubu-kubu kuat PH.

Setengah tahun telah berlalu sejak PRU15 dan kini persoalannya adakah ‘gelombang hijau’ PN akan terus membesar dan membadai ‘negeri-negeri merah’ pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang, atau hilang momentum menjadi riak kecil sahaja?

Malam ini Malaysiakini membawakan forum bertajuk "PRN: Sejauh mana 'gelombang hijau'?"

Ikuti siaran langsung forum Gelombang Hijau: