Skip to main
Logo Malaysiakini

' Syarikat penerbangan perlu urus sendiri pengembara dilarang masuk'

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Kerajaan memutuskan proses penghantaran pulang pengembara yang dilarang masuk ke Malaysia perlu diuruskan syarikat perniagaan berbanding pihak ketiga pada masa ini.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail kepada pemberita selepas mesyuarat kabinet di Putrajaya hari ini.

Saifuddin berkata keputusan itu selari dengan peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Akta Imigresen, yang menyatakan pengembara yang tidak dibenarkan masuk ke dalam negara perlu diuruskan syarikat penerbangan sendiri.

"Jadi, apabila pengembara berlepas ke mana-mana destinasi, syarikat penerbangan ada tanggungjawab untuk memastikan dia ada tiket pulang sebelum mereka keluarkan pas masuk (boarding pass).

"Ini kerana, dalam kes pengembara tak dibenarkan masuk, undang-undang menyatakan syarikat penerbangan bertanggungjawab menguruskan penghantaran pulang mereka, termasuk tempat peningapan, makanan dan penerbangan pulang.

"Jadi kabinet hari ini setuju tanggungjawab ini dikembalikan kepada syarikat penerbangan," katanya dalam sidang media di Kementerian Dalam Negeri.

Berdasarkan amalan semasa, pengendali penerbangan akan menggunakan perkhidmatan syarikat yang dipanggil Monocircle untuk menguruskan pengembara yang diberikan status NTL (not to land) oleh imigresen.

[Baca berita asal]