Skip to main
Logo Malaysiakini

SPRM tahan bekas pegawai khas kepada bekas menteri

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

SPRM menahan seorang bekas pegawai khas kepada seorang menteri semasa era pentadbiran kali kedua Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Dia disyaki meminta rasuah berjumlah kira-kira RM25,000 sebagai dorongan mendapatkan surat kelulusan permohonan taraf kewarganegaraan.

Adalah dilaporkan bahawa suspek itu berkhidmat sebagai pegawai khas kepada menteri berkenaan pada 2019, ketika itu bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

"Pada Jun lepas, suspek telah menghubungi individu terlibat yang memohon taraf kewarganegaraan bagi anaknya sejak 2015 yang memaklumkan bahawa surat kelulusan permohonan itu telah ada padanya.

“Dia meminta individu itu membayar wang berjumlah RM25,000 sebelum menyerahkan surat tersebut," kata sumber itu.

Sementara itu, Bernama memetik Pengarah Bahagian Perisikan SPRM Azmi Kamaruzaman mengesahkan penahanan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Seksyen 16(a)(A) memperkatakan tentang kesalahan menerima suapan.

Suspek itu direman tiga hari bagi membantu siasatan, ditahan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya sekitar jam 5 petang semalam.