Skip to main
Logo Malaysiakini

MTUC alu-alukan cadangan gaji progresif

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia mengalu-alukan cadangan Menteri Hal-ehwal Ekonomi Rafizi Ramli berhubung dasar gaji progresif, dengan mengatakan bahawa ia akan merapatkan jurang antara pertumbuhan gaji dan peningkatan kos sara hidup.

Ia juga berkata campur tangan kerajaan perlu kerana dasar gaji minimum semasa tidak memerlukan majikan menaikkan gaji secara berkala, menyebabkan gaji sebilangan pekerja menjadi tidak stabil pada tahap gaji minimum walaupun selepas 25 tahun bekerja.

"Kerajaan perlu masuk campur berkaitan dengan kenaikan tahunan kerana kedegilan dan ketamakan syarikat yang menghalang peningkatan gaji.

"Kuasa pasaran tidak boleh menentukan harga buruh kerana pekerja mempunyai tanggungjawab pada keluarga dan masyarakat. Pekerja bukan mesin atau komoditi yang boleh didagangkan,” kata Setiausaha Agung MTUC Kamarul Baharin Mansor dalam satu kenyataan hari ini.

Semasa forum pada Selasa, Rafizi berkata dia akan membentangkan kertas dasar kepada kerajaan pada awal Ogos untuk model gaji progresif.

Dia berkata adalah mustahil untuk kerajaan menangani kenaikan kos sara hidup tanpa memastikan pertumbuhan gaji.