ULASAN | Tujuh kegagalan PAS di tiga negeri
ULASAN | Sudah tiba masanya untuk “Gelombang Merah-Biru” mengambil alih Kedah, Kelantan dan Terengganu. Selama ini, kegagalan PAS mentadbir tiga negeri ini dengan baik telah menyebabkan anak muda terpaksa merantau jauh untuk mencari rezeki.
PAS dan PN wajib dijatuhkan untuk memastikan masa depan yang lebih baik untuk anak-anak kita. Hakikatnya, PAS gagal menguruskan ekonomi tiga negeri ini dengan baik.
Hidup rakyat yang sejahtera bergantung kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negeri. Saya perincikan tujuh kegagalan PAS menguruskan ekonomi tiga negeri ini dengan baik.
Pertama, sumbangan ekonomi tiga negeri ini yang terlalu kecil, walaupun saiz negeri yang besar. Kelantan, Terengganu dan Kedah hanya menyumbang 1.8 peratus, 2.5 peratus dan tiga.4 peratus KNDK negara pada tahun 2022.
Jauh bezanya dengan sumbangan 7.4 peratus Pulau Pinang dan 25.5 peratus Selangor kepada KDNK negara. Data ini jelas menunjukkan PAS gagal mengembangkan ekonomi negeri, apatah lagi menggalakkan ekonomi bernilai tinggi.
Kedua, PAS gagal menjaga siswazah. Amat malang, Kedah dan Terengganu mempunyai gaji penengah siswazah terendah di seluruh Malaysia. Misalnya, pada tahun 2021, 50 peratus siswazah di Kedah hanya berpendapatan di bawah RMtiga,1tiga8.
Maka, tidak hairanlah ramai anak kelahiran Kedah berkelulusan tinggi terpaksa merantau ke Pulau Pinang, Selangor atau Kuala Lumpur (KL) untuk bekerja. Gaji penengah siswazah di Selangor, contohnya, adalah RM4,130. Bukanlah sebab KL itu tidak berada di Kedah, tetapi pentadbiran PAS di Kedah sendiri yang gagal.
Ketiga, PAS gagal mewujudkan pekerjaan bernilai tinggi. Setinggi manapun kelulusan akedemik, Kedah, Terengganu dan Kelantan tidak mampu menyediakan peluang kerja berkemahiran tinggi. Peratusan pekerja mahir di Kelantan, Kedah dan Terengganu hanyalah 23.2 peratus, 26.7 peratus dan 22.4 peratus pada tahun 2021. Jauh berbeza dengan 36.2 peratus di Pulau Pinang dan 35.4 peratus di Selangor.
Keempat, PAS gagal menyediakan kemudahan paling asas. Data rasmi menunjukkan hampir satu daripada tiga rumah di Kelantan tidak ada bekalan air paip.
Lebih teruk, hanya 15.4 peratus isi rumah di Kelantan menikmati perkhidmatan kutipan sampah di rumah.
Peratusan di Terengganu dan Kedah juga amat menyedihkan, masing-masing 24 peratus dan 52.7 peratus. Jauh berbeza dengan hampir 80 peratus di Pulau Pinang.
Politik Islam dimainkan PAS, tetapi kebersihan diutamakan kerajaan Pulau Pinang bagi memenuhi tuntutan Islam.
Kelima, PAS gagal membasmi kemiskinan. Tatkala exco Kelantan menikmati kemudahan kereta Mercedes, Kelantan merekodkan kadar kemiskinan mutlak paling terburuk di Semenanjung Malaysia iaitu 12.4 peratus.
Sementara itu, Kedah merekodkan kadar kedua terburuk pada 8.8 peratus. Sebaliknya, negeri-negeri bawah Pakatan Harapan (PH) mempunyai kadar kemiskinan mutlak terendah (Selangor: 1.2 peratus, Pulau Pinang: 1.9 peratus).
Membasmi kemiskinan sangat dituntut Islam, tetapi ia bukanlah agenda pentadbiran PAS.
Keenam, PAS gagal menarik masuk pelaburan yang tinggi. Untuk sekian lamanya, PAS mempunyai rekod yang buruk dalam aspek ini, termasuk di Kedah.
Pada tahun 2021, 99.7 peratus pelaburan asing diluluskan dalam sektor pembuatan Kedah tertumpu di hanya satu lokasi iaitu Kulim Hi-Tech City.
Namun secara khusus, ini adalah hasil usaha agensi-agensi Kerajaan Persekutuan.
Di mana pelaburan yang dibawa masuk oleh Sanusi? Sibuk berpolitik setiap hari sehingga lupa tanggungjawab hakiki untuk memajukan ekonomi negeri. Malah, banyak projek yang diumumkan menteri besar Muhamad Sanusi Md Nor masih tidak nampak hasilnya.
Ketujuh, PAS gagal menjaga sosioekonomi rakyat. Isi rumah di Kelantan, misalnya, merekodkan pendapatan penengah bulanan yang terburuk di Malaysia iaitu RM3,563 pada tahun 2019.
Pendapatan penengah di Pulau Pinang adalah RM6,169 dan di Selangor RM8,210. Di Kelantan juga, 66.4 peratus populasi tergolong dalam lingkungan gaji B40, rekod paling tinggi di Malaysia.
Sebab itulah, ramai anak muda di negeri-negeri ini berhijrah ke Selangor dan Pulau Pinang.
Kemakmuran di Pulau Pinang yang membuatkan Sanusi berusaha siang malam untuk merampas negeri Pulau Pinang. Kepada Sanusi, angan-angan Mat Jenin memang percuma.
Menelusuri fakta dan data di atas, saya tegaskan bahawa Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak boleh terus dibiarkan begini.
Pentadbiran di tiga negeri ini wajib dikalih supaya pembangunan sosioekonomi rakyat dapat dipertingkatkan untuk masa depan anak-anak kita. Ini masa untuk Gelombang Merah-Biru.
Bersama kita bangkit tumpaskan gelombang hijau yang ternyata gagal.
FAIZ FADZIL ialah penyandang kerusi DUN Permatang Pasir dan ahli jawatankuasa Amanah.
Artikel ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai