Rampasan jam: Swatch mahu pinda permohonan kebenaran semakan kehakiman
Syarikat pembuat jam tangan Switzerland berusaha untuk meminda permohonan kebenaran daripada mahkamah untuk memulakan semakan kehakiman berhubung serbuan dan rampasan jam tangan koleksi warna pelangi Pride Collection di seluruh negara - yang diguna pakai sebagai simbol komuniti LGBT.
Ekoran itu, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pagi ini menangguhkan tarikh pendengaran perbicaraan tindakan undang-undang oleh Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd itu ke 23 Ogos depan.
Untuk rekod, Kementerian Dalam Negeri (KDN) melakukan serbuan dan rampasan jam tangan Swatch itu antara 13 hingga 15 Mei lalu.
Difahamkan semasa urusan di kamar mahkamah hari ini, Hakim Amarjeet Singh membuat penangguhan tersebut kerana pasukan guaman firma Switzerland berkenaan yang diketuai Nizam Bashir memohon untuk meminda dokumen mahkamah dalam semakan kehakimannya itu.
Swatch Group (Malaysia) Sdn Bhd pada 24 Jun memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman berhubung rampasan jam tangan Mei lalu, yang menyenaraikan menteri dalam negeri (tidak dinamakan); ketua setiausaha kementerian, setiausaha bahagian penguatkuasaan kementerian; dan kerajaan sebagai responden.
Menurut salinan kertas kausa, pembuat jam Swiss itu memohon antara lain, perintah certiorari untuk membatalkan notis rampasan berhubung serbuan yang dijalankan antara 13 hingga 15 Mei; perintah mandamus untuk memaksa empat responden itu memulangkan 172 jam tangan yang dirampas dalam tempoh lima hari dari tarikh perintah mahkamah, serta ganti rugi, termasuk yang bersifat teladan dan teruk.
Melalui afidavit sokongan, pengarah syarikat itu Martin Issing berkata, bahawa sebelum serbuan Mei tahun ini, Swatch telah menjual jam tangan yang diilhamkan oleh warna pelangi dan yang meraikan 'Pride' selama beberapa tahun di Malaysia tanpa sebarang kejadian.
Dia berkata majoriti jam tangan yang dirampas itu adalah daripada reka bentuk 2023 dan tidak tertera perkataan 'LGBTQ+' tetapi hanya dalam warna pelangi.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai