Skip to main
Logo Malaysiakini

Hamzah: Saifuddin pernah minta saya batalkan keputusan pemilihan PKR

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Bekas menteri dalam negeri Hamzah Zainudin mendakwa Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail pernah memintanya membatalkan kesahan keputusan pemilihan PKR pada tahun lalu.

Hamzah yang juga setiausaha agung PN mendakwa perkara itu berlaku tidak lama selepas Saifuddin tewas di tangan Rafizi Ramli untuk jawatan timbalan presiden PKR.

"Masa saya jadi menteri dalam negeri, PKR lawan sesama depa. Rafizi lawan Saifuddin, yang menang Rafizi dan jadi timbalan presiden PKR.

"Tak sampai seminggu, Saifuddin jangan lupa, selepas kalah hang mari jumpa (saya), hang bawa surat (minta) 'tolong batalkan (keputusan) pemilihan PKR.

"Surat ada dengan saya, jangan main-main," katanya.

Hamzah membuat dakwaan itu dalam satu program di Sik, Kedah malam tadi untuk menunjukkan sokongan kepada menteri besar sementara Muhammad Sanusi Md Nor yang dihadapkan dengan dua tuduhan menghasut minggu ini.

Pemilihn PKR dijalankan pada Jun tahun lalu.

Pada tahun lalu juga, PKR menangguhkan kongres tahunannya - di mana pemenang pemilihan diumumkan secara rasmi - bagi membolehkan Majlis Pimpinan Pusat parti menyelesaikan beberapa isu berbangkit berkaitan pemilihan itu.