Salahuddin stabil, dalam pemantauan ICU - Dr Zaliha
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub yang sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa memaklumkan pihaknya akan melawat Salahuddin yang juga ahli parlimen Pulai hari ini bagi mengetahui dengan lebih lanjut perkembangannya.
“Keadaannya (Salahuddin) stabil, kita doakan insya-Allah beliau sihat, pembedahan semalam alhamdulillah berjaya dan kita sedang pantau keadaan beliau di unit rawatan rapi (ICU),” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program MADANI Afiat dan One Hour Malaysia Clean Up peringkat negeri di Perumahan Rakyat Padang Hiliran di sini hari ini.
Semalam Setiausaha Akhbar kepada Salahuddin, Syakirin Husnal memaklumkan menteri berkenaan dikejarkan ke wad kecemasan HSB kira-kira 10.15 malam Jumaat dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah, sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai