Sampai mati saya buat Menu Rahmah - Bos Mydin sebak
Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) Ameer Ali Mydin tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi pandangannya mengenai pemergian menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup Allahyarham Salahuddin Ayub.
Bercakap kepada Astro Awani, ahli perniagaan yang sedih itu berikrar untuk meneruskan inisiatif Menu Rahmah "sampai mati."
Program Menu Rahmah diperkenalkan bagi membantu segmen B40 berdepan dengan kos sara hidup.
Di bawah program yang dilancarkan pada 1 Jan 2023, restoran yang mengambil bahagian menyajikan set makan tengah hari atau makan malam pada harga tetap RM5.
Amer berkata walaupun Menu Rahmah adalah satu inisiatif yang mudah, namun ia menyentuh hati rakyat.
"Saya harap, kawan-kawan dalam industri ni, memang ramai dah jumpa dia ramai dah kenal..we will continue this.
"Saya daripada pihak Mydin memang akan teruskan Menu Rahmah ini. Sampai mati saya buat. Okey dik, terima kasih dik," katanya.
Salahuddin, yang juga timbalan presiden Amanah, meninggal dunia akibat pendarahan otak di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah, malam tadi.
Ahli politik berusia 61 tahun itu meninggalkan balu Fatimah Taha, enam orang cahaya mata dan 11 cucu.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Sulong Kampung Serkat di Pontian, Johor, pagi tadi.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai