Skip to main
Logo Malaysiakini

Saifuddin: Abaikan Mahathir, Hadi - 'kaki buat masalah'

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menggelar Dr Mahathir Mohamad dan sekutu barunya Abdul Hadi Awang sebagai "troublemakers" (pembuat masalah).

"Pada saya, kedua-dua mereka, Tun and Hadi tidak perlu dihiraukan kerana mereka lebih menjadi problem makers berbanding membina negara bangsa (nation builders).

"Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, kedua-duanya telah mewujudkan ketidakstabilan (politik) dalam negara kerana kepentingan diri mereka sendiri," katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis pengenalan calon Perpaduan Kedah dan pelancaran manifesto di Sungai Petani, Kedah malam tadi.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata sebelum ini dia memang pernah tidak terbayang Dr Mahathir dan Abdul Hadi boleh bekerjasama.

"Saya terfikir, apa yang menemukan dua tokoh ini?

"Baik Tun atau Hadi, yang mempertemukan mereka bukannya masa depan Melayu, perpaduan Melayu. 



"Kedua-duanya mewakili politik dendam, dengki, cemburu, kebencian, politik lapuk dan usang...

"Tun Mahathir paling tak senang Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi PM. Itu saja dorongan dia," katanya.

“Kita nak buat penegasan. Kita tak nak sebut dah dua watak ni.

“Ini pengakhiran, kita bergerak ke depan,” kata Saifuddin yang juga menteri dalam negeri.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Abdul Hadi dan Mahathir dikritik kerana memainkan isu-isu perkauman.

[Baca berita asal]