Skip to main
Logo Malaysiakini

Malaysiakini beri akses percuma sepanjang kempen PRN

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Meneruskan tradisi semasa pilihan raya, Malaysiakini akan memberi akses percuma untuk semua artikel bermula esok (29 Julai) sehingga 13 Ogos.

Kami berharap ia dapat membantu pengundi membuat keputusan secara bermaklumat ketika mengundi dalam PRN nanti.

Akses percuma akan bermula pada jam 12.01 tengah malam, 29 Julai sehingga 11.59 malam, 13 Ogos, iaitu sehari sebelum hari mengundi.

Pembaca yang tidak melanggan boleh membaca semua laporan berita dan rencana Malaysiakini dengan hanya mendaftarkan emel. Bagi pelanggan Malaysiakini pula, tempoh langganan mereka akan ditambah 14 hari.

Sejak bermula pada 1999, Malaysiakini telah menempuhi banyak ranjau dalam usaha menyatakan kebenaran dan memastikan tadbir urus yang baik.

Pastinya usaha ini tidak dapat dilakukan tanpa sokongan anda.

Sejak 2002, Malaysiakini mengguna pakai model langganan bagi laman versi bahasa Inggeris untuk berdikari.

Sebagai sebuah organisasi berita yang tidak terikat dengan pembiaya dengan agenda politik, Malaysiakini memerlukan bantuan anda untuk meneruskan misi kami membina Malaysia yang lebih baik untuk semua.

Bagi mereka yang ingin melanggan Malaysiakini, sila klik pada pautan ini.