Skip to main
Logo Malaysiakini

‘Jangan jadikan Sakai, Jakun sebagai mainan, gurauan’

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (Poasm) membidas satu catatan di Facebook yang menurut mereka memperlekehkan nama suku orang asli.

Hantaran oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai “Puteri Balqis” memaparkan gambar orang ramai berkerumun di sekitar replika sebuah helikopter Nuri yang dihiasi poster Perikatan Nasional (PN) yang berwarna biru dengan logo PAS di bahagian tepi.

Pengguna Facebook itu menyertakan kapsyen yang tertera, “Chopper enjin mesin rumput mendapat Sambutan hangat Dari bangsa Sakai Dan jakun Di Kelantan, nak masuk siap Ada langsir.”

Bagaimanapun, Puteri Balqis kemudiannya meminda hantarannya dengan menggantikan perkataan "Sakai dan Jakun" kepada "bangsat dan bodoh".

Bagi Timbalan Presiden Poasm Sakaria Awang, perkataan Sakai dan Jakun adalah nama lama bagi suku kaum asli di Malaysia.

“Saya lihat isu perkauman ini sudah semakin kritikal.

Sebutan sebagai Sakai atau Jakun ini adalah suku kaum bangsa kami. Pandangan saya sepatutnya kita duduk di Malaysia ini berbagai bangsa dan kaum yang ada.

Seolah- olah mereka tidak tahu wujudnya orang Asli di Malaysia ini. Masyarakat luar tidak boleh menjadikan sebutan Sakai atau Jakun sebagai mainan atau gurauan,” kata Sakaria kepada Malaysiakini hari ini.

Menurutnya terdapat sejumlah 18 kumpulan Orang Asli di Malaysia di setiap negeri kecuali Perlis.

Perkataan Sakai dan Jakun mempunyai sejarah yang panjang digunakan sebagai cemuhan di Malaysia untuk merujuk kepada mereka yang tidak biasa dengan perkara baru atau moden.

Hantaran di Facebook itu mendapat lebih 1,200 suka dan 1,600 komen semasa berita ini ditulis.

[Baca berita penuh]