Wanita asal Iran bakar al-Quran di Sweden
Seorang wanita kelahiran Iran membakar senaskah al-Quran di ibu negara Sweden, Stockholm, kini di bawah perlindungan polis, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Anadolu pada Khamis.
Bayrami Marjan, 47, membakar al-Quran di dalam periuk di tepi Tasik Malaren, pantai Angbybadet di Bromma, menurut laporan itu.
Beliau mendakwa semua agama perlu dihapuskan selepas membakar kitab suci umat Islam itu, lapor media.
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, beberapa demonstrasi membakar al-Quran berlaku di Denmark dan Sweden.
Kebanyakan negara Islam mengutuk demonstrasi itu, serta ada negara yang memanggil duta Sweden dan Denmark untuk menyatakan protes terhadap perbuatan itu.
Bulan lepas, ratusan penunjuk perasaan Iraq menyerbu kedutaan Sweden berikutan pembakaran al-Quran di Stockholm.
- Bernama-Sputnik
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai