Skip to main
Logo Malaysiakini

Komen Prabakaran adil, mahkamah tolak saman Santhara

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menolak saman fitnah bekas timbalan menteri wilayah persekutuan Edmund Santhara terhadap Ahli Parlimen Batu P Prabakaran.

Mahkamah sivil hari ini memutuskan bahawa ahli parlimen PKR itu membuat ulasan yang adil mengenai penginapan sementara Santhara di New Zealand dari akhir 2020 hingga awal 2021.

Peguam defendan Dinesh Muthal mengesahkan keputusan itu kepada media petang ini berhubung saman fitnah yang difailkan pada 2021.

Tuntutan saman itu adalah berkenaan kenyataan yang dibuat Prabakaran ketika sidang media pada 17 Mac dan 28 Mei.

Pada 17 Mac, Prabakaran antara lain menggesa Pesuruhjaya Tinggi New Zealand supaya mengekstradisi segera Santhara kembali ke Malaysia sekiranya dia melanggar undang-undang negara itu.

Prabakaran dalam pembelaannya berkata kenyataannya dalam sidang media tersebut adalah adil dan mempunyai kepentingan awam.

Dia berpendapat bahawa kenyataannya sesuai dengan tugasnya sebagai ahli parlimen untuk membangkitkan isu-isu yang memberi kesan kepada rakyat.

Prabakaran menambah bahawa ini berlaku ketika plaintif merupakan timbalan menteri wilayah persekutuan yang bertanggungjawab atas kawasan yang berada di bawah tanggungjawabnya ketika itu.

[Baca berita penuh]