Skip to main
Logo Malaysiakini

Diancam saman, Sanusi janji akan kemuka bukti... di mahkamah

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Muhammad Sanusi Md Nor nampaknya tidak tergugat dengan amaran saman yang dikeluarkan kepadanya ekoran dakwaan projek Gerbang Maritim Selangor.

Bahkan menteri besar sementara Kedah itu juga sedia memberikan bukti bagi menguatkan dakwaannya terhadap pemimpin PH, Amirudin Shari, serta ahli perniagaan terkenal Vincent Tan.

Bagaimanapun kemungkinan besar bukti-bukti tersebut tidak akan dapat diketahui dalam tempoh terdekat.

Ditanya Malaysiakini mengenai bukti berkenaan, Sanusi - yang digelar Panglima Perang oleh penyokongnya - menjawab ringkas: "Di mahkamahlah."

Terdahulu Pengarah Pilihan Raya PN itu ditanya mengenai garis masa untuk dia dijangka memberikan bukti berkenaan dakwaannya terhadap Amirudin dan Tan.

Sanusi juga menjelaskan dia sedang menunggu ketibaan dokumen saman daripada Amirudin yang juga menteri besar sementara Selangor.

“Saya sedang menunggu dia menghantar dokumen, dan saya juga mempunyai dokumen saya sendiri,” katanya di Alor Setar, Kedah semalam.

Sebelum ini ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu menuduh Amirudin terlibat dalam skandal dengan pengasas Kumpulan Berjaya Vincent Tan dalam projek pembersihan Sungai Klang.

Amirudin Shari

Amirudin sudah menafikan dakwaan Sanusi dan menyifatkan ia sebagai percubaan terdesak pemimpin pembangkang terbabit untuk mengalihkan perhatian daripada skandal unsur nadir bumi (REE) yang dikaitkan dengannya di Kedah.

Berjaya Land Bhd - yang dimiliki Tan - turut menafikan semua tuduhan Sanusi dan akan membuat laporan polis sebelum mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara itu.

Sanusi sebelum ini dilaporkan mendakwa Selangor boleh menanggung kerugian mencecah RM180 juta kerana projek pembersihan sungai Klang.

Dia juga mempersoalkan bagaimana Tan boleh mendapat pegangan penting dalam firma milik Menteri Besar Incorporated (MBI) Selangor.

Berjaya Land menafikan mereka memperoleh saham dalam mana-mana firma berkaitan MBI Selangor, dan menjelaskan bahawa mereka membentuk sebuah syarikat tujuan khas, Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLBSB).

Ia merupakan kerjasama antara anak syarikat MBI Selangor Landasan Lumayan Sdn Bhd – yang mempunyai 45 peratus pegangan dalam LLBSB – dan Berjaya Land Berhad (memiliki 55 peratus daripada LLBSB).

[Baca berita penuh]