Skip to main
Logo Malaysiakini

ULASAN | PAS, Bersatu ajak rakyat lakukan Langkah Sheraton kedua

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Para pemimpin PAS dan Bersatu sedang membuat tuduhan tidak berasas dengan mengatakan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim akan tumbang sekiranya PN menang besar dalam enam pilihan raya negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Hakikat yang pemimpin terbabit gagal untuk menjelaskan bagaimana Anwar dapat dibuang dari kedudukannya sebagai perdana menteri ke-10 menunjukkan yang mereka juga sama-sama kabur seperti orang lain mengenai topik tumbangnya kerajaan perpaduan ini.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mendakwa yang kemenangan PN dalam PRN ini sangat penting untuk menukar kerajaan pusat.

Dia berkata: “Sekiranya kita menang, maka akan ada pertukaran kerajaan persekutuan. Inilah ertinya.”

Namun Abdul Hadi tidak dapat menjelaskan bagaimana pertukaran kerajaan itu boleh terjadi.

Dia patut dihukum kerana merancang konspirasi politik melalui Langkah Sheraton yang menumbangkan kerajaan PH pada Feb 2020 selepas hanya 22 bulan mentadbir.

Sebaliknya, Abdul Hadi kini meminta orang ramai untuk menyokongnya untuk melaksanakan konspirasi politik Langkah Sheraton kedua bagi menjatuhkan kerajaan perpaduan Anwar.

Dalam kerajaan PH dari 2018 hingga 2020, Abdul Hadi menghasut supaya kerajaan ditumbangkan menggunakan penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian, bersama retorik perkauman dan keagamaan dengan mengatakan yang kononnya kaum Melayu dan agama Islam sedang terancam.

Dia menuduh perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad, sebagai boneka dan kuli saya. Juga kononnya kerajaan PH didominasi DAP, menggunakan ucapan Mahathir di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada Sept 2018 mengenai rancangan Malaysia untuk meratifikasi ICERD dan Statut Rom sebagai bukti.

Adakah Mahathir akan menyatakan kebenaran kepada Abdul Hadi bahawa sebenarnya bahawa DAP tidak terlibat sama sekali dalam ucapannya di Perhimpunan Agung PBB pada itu?

Dan DAP, sama ada melalui ahli kabinet atau pimpinan politik parti, tidak pernah meminta Mahathir untuk ke Perhimpunan Agung PBB dan menjanjikan ICERD atau Statut Rom diratifikasi?

Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, juga mengatakan ada cara lain untuk kerajaan persekutuan ditukar walaupun dengan undang-undang antilompat parti berkuat kuasa.

Walaupun Abdul Hadi dan Ahmad Faizal mengatakan ada cara sah melalui Perlembagaan Persekutuan bagi menumbangkan kerajaan perpaduan, kegagalan menunjukkan cara yang dimaksudkan adalah bukti bahawa kedua-dua mereka juga tidak ada kaedah tersebut apabila akta antilompat parti berkuat kuasa, dan dasar PN yang tidak mengiktiraf Sabah serta Sarawak sebagai rakan kongsi yang sah dan saksama dalam pembentukan Malaysia.

Malaysia tidak perlu untuk kembali ke era yang menyaksikan ada tiga perdana menteri dalam tempoh lima tahun.

Malaysia perlukan kestabilan politik dan perpaduan nasional membabitkan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan untuk kita bangkit semula sebagai sebuah negara hebat dunia.

Inilah perkara yang perlu diundi oleh para pengundi di enam negeri pada 12 Ogos ini – untuk menyokong Anwar supaya Malaysia boleh bangkit semula.

Sekiranya Anwar gagal menunaikan janjinya untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat dunia, maka ada masa untuk membuat keputusan ini melalui PRU ke-16 pada tahun 2027, dan bukannya pada 12 Ogos 2023.

Tidak boleh ada undi yang terbahagi, undi protes, dan undi disimpan, kerana setiap undi adalah penting sekiranya Malaysia ingin bangkit semula menjadi negara hebat dunia.


LIM KIT SIANG ialah bekas ahli parlimen dan veteran DAP.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.