Skip to main
Logo Malaysiakini

Polis siasat calon PRN di T'ganu didakwa pikat isteri orang

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Polis dilaporkan sedang menyiasat seorang calon PRN di Terengganu atas dakwaan memikat isteri orang.

Menurut Ketua Polis Terengganu Mazli Mazlan, calon itu disiasat mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan, selepas polis menerima laporan pada 4 Ogos lalu.

"Pengadu, suspek dan saksi yang terlibat telah dipanggil untuk diambil keterangan.

"Kita juga akan serahkan kertas siasatan kepada PPN dalam tempoh terdekat untuk tindakan lanjut," katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Mazli tidak menyatakan secara khusus berkenaan suspek atau calon yang diwakilinya, namun berkata siasatan hampir selesai dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Pengarah Pendakwa Negeri (PPN) dalam masa terdekat.

Sabit kesalahan, calon tersebut boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.