Skip to main
Logo Malaysiakini

Tragedi Elmina: MB Selangor rakam takziah

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Menteri besar sementara Selangor Datuk Seri Amirudin Shari merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi pesawat terhempas di jalan raya berdekatan Bandar Elmina, dekat sini petang ini.

Amirudin dalam ciapan menerusi X (Twitter) berharap semoga ahli keluarga mangsa tabah dan sabar menghadapi ujian tersebut.

“Saya menyeru agar semua pihak tidak menyebarkan imej mangsa dan menimbulkan sebarang spekulasi tidak berasas bagi menghormati keluarga mangsa,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 lelaki maut dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina.

- Bernama