IGP: Hanya satu mayat ditemukan dalam keadaan sempurna
Hanya satu daripada 10 mayat mangsa nahas pesawat jenis BeeChcraft Model 390 (Premier 1) terhempas di Elmina, di Shah ALam, semalam, ditemukan dalam keadaan sempurna, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Beliau berkata dalam kejadian petang itu di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, di Shah Alam, kesemua mangsa terdiri daripada dua kru pesawat, enam penumpang, seorang penunggang motosikal dan pemandu kereta.
Katanya, mayat sempurna itu ditemukan iaitu penunggang motosikal dan identiti mangsa dikenal pasti sementara menunggu proses pengesahan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) oleh ahli keluarga.
“Identiti pemandu kereta belum dikenal pasti, sama ada ia merupakan pemandu Grab dan membawa penumpang ataupun tidak,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, malam tadi.
Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai Datuk Seri Johari Harun adalah antara nama yang tersenarai dalam manifest penumpang pesawat tersebut pada jam kira-kira 2.50 petang semalam.
Turut tersenarai adalah dua juruterbang, Shahrul Kamal Roslan dan Heikal Aras Abdul Azim serta lima penumpang lain iaitu Kharil Azwan Jamaludin; Shaharul Amir Omar; Mohd Naim Fawwaz Mohamed Muaidi; Muhammad Taufiq Mohd Zaki; dan Idris Abdol Talib.
Bagaimanapun, Loke berkata identiti dua lagi orang awam, masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang terlibat dalam insiden itu akan disahkan melalui siasatan polis.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai