T'ganu guna logo, tema ditetapkan persekutuan - MB
Kerajaan Terengganu yang dipimpin PN tidak akan menggunakan tema dan logo alternatif, yang dicadangkan oleh sayap pemuda gabungan itu, bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
Sebaliknya Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar berkata mereka akan menggunakan tema sama seperti di peringkat persekutuan.
"Bagi kami di Terengganu, akmi akan guna logo yang sama dengan (kerajaan) persekutuan," katanya seperti dipetik The Star.
Namun dia menegaskan kerajaan-kerajaan negeri yang menetapkan tema Hari Kebangsaan peringkat negeri, bukan kerajaan persekutuan.
Pada Mei lalu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengumumkan tema “Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan” akan digunakan bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.
Semalam Pemuda PN menunjukkan logo alternatif bagi sambutan itu, iaitu berdasarkan bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan, dengan lima kelopak dan menggunakan warna Jalur Gemilang.
Tema yang ditetapkan pula adalah "Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera".
Logo dan tema itu adalah aternatif untuk digunakan di Perlis, Kelantan, Terengganu dan Kedah yang dipimpin PN.
Perlis cuma tolak logo
Terdahulu hari ini, Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli berkata dia tiada masalah dengan tema "Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”.
Namun, dia berkata pihaknya menolak penggunaan logo yang ditetapkan serta slogan Malaysia Madani.
Parti komponen PN, Gerakan menolak cadangan penggunaan logo dan tema berbeza dengan berkata Hari Kebangsaan tidak sepatutnya dipolitikkan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai