Pemimpin PKR kecewa bukan Melayu tak dicalon jadi exco
Bendahari PKR Melaka, Gue Teck kesal dengan pelantikan exco baru-baru ini, menyifatkannya tidak selari dengan semangat kepelbagaian parti itu.
Dia mendakwa PKR tidak mencalonkan mana-mana bukan Melayu untuk jawatan exco di Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
Adun PKR yang dilantik ke jawatan exco di Pulau Pinang dan Selangor semuanya Melayu, manakala kabinet negeri Sembilan masih belum mengangkat sumpah.
"Semenjak PKR memerintah Selangor pada tahun 2008, ini merupakan kali pertama yang mana tiada tokoh Tionghua ataupun India daripada parti yang dicalonkan sebagai exco," kata Gue pada satu kenyataan semalam.
"Kaedah pemilihan anggota exco kaki ini dilihat seolah-olah cuba mengetepikan semangat kepelbagaian yang diraikan oleh parti selama ini.
"Penjelasan dan penelitian diperlukan untuk menguji sama ada PKR adalah sebuah “truly multiracial party,” katanya.
Gue berkata ini mungkin berpunca daripada "tiupan sentimen perkauman dan agama sempit yang makin kencang oleh PN dan PAS."
Menurutnya, perkara ini dilihat sebagai kompromo selepas PKR menyerahkan satu kerusi exco di Selangor kepada Umno.
"Persoalannya mengapakah yang terkorban itu adalah sifat diversiti dalam parti," soal Gue.
Dia juga menolak dakwaan bahawa tiada Adun PKR Cina atau India di negeri yang dikuasai PH mampu memegang jawatan exco.
Semalam, bekas timbalan setiausaha agung PKR P Jenapala keluar parti atas alasan sama, mendakwa kaum India diketepikan dalam PKR.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai