Skip to main
Logo Malaysiakini

Tajuddin tubuh NGO, anjur Himpunan Melayu Bangkit

Artikel ini sudah 10 bulan diterbitkan

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Tajuddin Abdul Rahman telah menubuhkan NGO baru untuk memperjuangkan nasib orang Melayu, yang menurutnya didakwanya masih ketinggalan dari segi ekonomi, akademik dan politik.

Kumpulan baru itu dilaporkan bakal menganjurkan majlis “Himpunan Melayu Bangkit” di Kampung Gajah, Pasir Salak, Perak, pada hari Rabu.

Tajuddin merupakan presiden NGO baru itu yang diberi nama “Pasir Salak Bangkit.”

“Perkembangan kebelakangan ini kita dapati Melayu dari segi politik, ekonomi, sosial telah jatuh tersungkur ke bawah dalam persaingan dalam negara.

“Saya kesal dengan apa yang berlaku kerana perkembangan ini bahaya untuk orang Melayu masa kini dan akan datang," katanya seperti dipetik FMT.

Jelasnya, NGO Pasir Salak Bangkit menjadi wadah meniup semula semangat perjuangan orang Melayu yang dilihatnya semakin “lesu”.

Dalam pada itu, Tajuddin menjelaskan himpunan anjuran NGOnya itu terbuka kepada semua orang tanpa mengira fahaman politik.

“Perkembangan kebelakangan ini kita dapati Melayu dari segi politik, ekonomi, sosial telah jatuh tersungkur ke bawah dalam persaingan dalam negara.

Gerakan Dr M senyap

“Saya kesal dengan apa yang berlaku kerana perkembangan ini bahaya untuk orang Melayu masa kini dan akan datang,” katanya lagi.

Keahlian bekas ahli parlimen Pasir Salak itu dalam Umno telah digantung selama enam tahun mulai Oktober tahun lepas kerana mengkritik parti secara terbuka.

Tajuddin mendakwa dia telah dikhianati, tetapi berhasrat untuk kekal dalam Umno dan menyatakan harapan pada Mei lalu supaya penggantungan itu akan ditarik balik.

Dalam perkembangan berkaitan, Tajuddin dilaporkan menolak apabila ditanya mengenai persamaan antara inisiatifnya dengan Proklamasi Melayu anjuran bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

"Gerakan dia tu hanya gerakan kemudian senyap, himpunan saya ni nak satukan orang Melayu, nak Melayu bangkit,” katanya seperti dipetik FMT.