SURAT | Tangguhkan pindaan Akta Perakaunan 1967
Hari ini saya menghadiri sidang media yang dianjurkan oleh tiga badan akauntan iaitu Malay Chartered Accountants Firms (AMCAF), The Malaysian Accounting Firms Association (MAFA) dan The Malaysian Accounting Association (MyAA).
Mereka menuntut kerajaan menangguhkan pindaan Akta Perakaunan 1967 yang dibuat tanpa merujuk kepada pihak-pihak yang berkepentingan (stakeholders). Dimaklumkan bahawa kerajaan sudah di peringkat akhir untuk membawanya kepada parlimen.
Impak kepada pindaan ini akan menyebabkan semua graduan dari universiti tempatan tidak layak menjadi akauntan. Sebaliknya mereka perlu mengambil kursus profesional seperti ACCA, ICMA dan yang seumpamanya untuk layak menjadi seorang akauntan. Jika ini berlaku bermakna kursus perakaunan yang dianjurkan oleh universiti-universiti tempatan sudah tidak membawa apa-apa erti lagi.
Persoalannya, apakah ini yang kerajaan mahukan setelah membelanjakan jutaan ringgit tetapi menghasilkan graduan yang tidak diiktiraf oleh badan akauntan sendiri?
Kenapakah kita beria-ia benar mahu tunduk kepada badan asing (luar negara)? Walhal untuk mengambil peperikasaan profesional ini memerlukan belanja sekitar RM15k – RM30k? Siapa yang mahu biayainya?
Dalam keadaan ekonomi yang merudum sekarang ini apakah kita mahu melihat duit Ringgit mengalir ke luar negara? Kalau 1,000 graduan, bermakna jumlah yang perlu dibayar ke luar ialah antara RM15 juta hingga RM30juta. Itu tak termasuk lagi yuran tahunan selepas menjadi ahli mereka. Kalau dikumpul semua ini maka dianggarkan sekitar RM100 juta wang mengalir ke luar setiap tahun.
Sempena bulan Kemerdekaan ini saya menyeru kerajaan untuk menangguhkan pindaan Akta Perakaunan ini dan memberikan lebih masa untuk semua pihak memberikan input.
Sudah sampai masanya untuk negara membebaskan pemikiran daripada kolonial.
Aminuddin Yahya ialah ahli Persatuan Firma-firma Akauntan Bertauliah Melayu Malaysia (AMCAF)
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai