Skip to main
Logo Malaysiakini

'Mahkamah lepaskan Zahid, sama macam pembebasan Muhyiddin'

Artikel ini sudah 10 bulan diterbitkan

Perintah untuk melepas tanpa membebaskan tertuduh (DNAA) yang diberikan kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berhubung kes rasuah membabitkan jutaan ringgit daripada Yayasan Akalbudi merupakan keputusan mahkamah, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin, pada sidang akhbar hari ini, berkata ia proses yang wajar di mahkamah - sama seperti bagaimana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin daripada pertuduhan salah guna kuasa pada 15 Ogos lalu.

"Keputusan dibuat mahkamah, due process. Seperti beberapa minggu lepas, mahkamah juga bebaskan presiden Bersatu Muhyiddin.

"Jadi, kalau hari ini mahkamah buat keputusan yang sama, maka itulah keputusan mahkamah.

"Saya tak mau buat andaian lebih daripada itu, jauh daripada nak menjangkakan kesan keputusan mahkamah kepada keputusan pilihan raya," katanya selepas merasmikan Baitul Mahabbah, Jabatan Imigresen Malaysia di Kompleks Kediaman Kakitangan Awam (KKKA) KLIA di Nilai, Negeri Sembilan hari ini.

Dia menjawab soalan berhubung Zahid dilepaskan daripada kesemua 47 pertuduhan Mahkamah Tinggi dan kesannya terhadap pilihan raya kecil Pulai dan Simpang Jeram di Johor.

[Baca berita penuh]