Amah dakwa disiksa: Polis rakam kenyataan ahli politik
Polis telah merekodkan kenyataan bekas ketua pemuda PKR bahagian yang didakwa mendera pembantu rumah warga Indonesianya dengan kejam.
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata ahli politik itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, yang menetapkan kesalahan berkaitan menyebabkan kecederaan dengan sengaja.
"Saya boleh sahkan kes ini dalam siasatan polis.
"Kertas siasatan dibuka bawah Seksyen 324. Polis telah merakam percakapan," katanya kepada Malaysiakini.
Hussein bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut, berkata dia akan menjelaskan lebih lanjut mengenai kes itu dalam satu kenyataan akhbar yang akan dikeluarkan oleh ibu pejabat polis Selangor.
Awal hari ini, Malaysiakini melaporkan seorang ahli politik - yang bergelar Datuk - didakwa mendera pembantu rumahnya, yang kini dinaungi oleh konsulat Indonesia.
Dalam laporan polisnya yang dibuat kepada polis Ampang Jaya bulan lalu, pekerja itu mendakwa ahli politik itu menyuruhnya menanggalkan pakaian sebelum mencurah air panas ke badannya sebagai hukuman kerana membiarkan pintu pagar terbuka.
Dia juga mendakwa dia tidak membayar gajinya selama empat tahun dia bekerja untuknya serta penderaan lisan.
Wanita berusia 57 tahun dari Jawa Tengah itu memberitahu Malaysiakini bahawa pukulan itu bermula hampir sebaik dia mula bekerja di rumah ahli politik itu pada 2018.
Identiti ahli politik itu dirahsiakan sementara menunggu maklum balasnya.
Ketua setiausaha penganjur PKR Zahir Hassan mengesahkan ahli politik itu masih ahli parti tetapi tidak lagi memegang sebarang jawatan.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai