Skip to main
Logo Malaysiakini

ESEI FOTO | Bekas mak nyah si pembuat batu nisan

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

ESEI FOTO | Tanpa diduga, kematian ibu tersayang pada 2016 menjadi detik peralihan buat Muhammad Asrul Abdul Kadir setelah berbelas tahun dia terjebak dalam dunia mak nyah di ibu kota.

Selepas pulang ke kampung, Asrul memilih untuk kembali menjadi lelaki sebenar.

“Semasa berusia 20 tahun saya dipengaruhi oleh rakan untuk bekerja di Kuala Lumpur yang menawarkan pendapatan antara RM400 hingga RM500 setiap hari,” kata Asrul.

Kembali hidup dalam suasana kampung Asrul - yang mesra disapa sebagai Jun - mengakui ia tidak mudah terutama apabila perlu berdepan dengan masyarakat yang menganggap dirinya gila.

Namun demi mencari rezeki yang halal Asrul, 38, membulatkan tekad dan mengetepikan segala cabaran yang datang,

Kini dia lebih tenang meneruskan hidup sebagai pengusaha batu nisan.

Menceritakan pengalamannya, Asrul berkata ramai rakannya meninggal dunia ekoran pelbagai penyakit HIV ketika mereka masih bergelumang dalam dunia mak nyah.

Pada masa sama anak sulung kepada enam beradik itu berkata dia sudah pun membuat persediaan apabila detik ajalnya tiba. Dia sudah menyediakan keranda dan nisannya sendiri.

“Saya sudah lama siapkan keranda sendiri dan batu nisan, waris pun sudah saya bagitahu supaya mereka boleh bersedia bila-bila,” katanya.

Dia juga menyatakan kesyukuran yang amat besar serta mengakui bernasib baik kerana sudah kembali ke pangkal jalan.

Kepuk kubur dibersihkan di kedai Asrul di Alor Sempah, Kedah

Batu nisan yang ditempah dibersihkan sebelum diambil pelanggan

Setiap sepasang nisan dijual antara RM250 hingga RM2,000

Penampilan Asrul semasa dia dikenali sebagai Jun suatu ketika dulu

Asrul dan pembantunya menyusun batu nisan dan kepuk untuk dibawa ke tanah perkuburan

Ada antara batu nisan lama yang ditukar oleh waris

Asrul membantu menukar batu nisan lama

Kawasan tanah perkuburan di Alor Sempah

Asrul bertemu dengan waris si mati sebelum menukar batu nisan

Asrul sempat membersihkan kubur selepas selesai menukar batu nisan

Kerana yang disiapkan Asrul untuk dirinya apabila sampai masa nanti