Skip to main
Logo Malaysiakini

RMK12: Jangan buat haru-biru, pesan Hamzah

Artikel ini sudah 10 bulan diterbitkan

Kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) tidak boleh mengubah keseluruhan hala tuju rancangan itu, kata ketua pembangkang.

“Jika ini yang cuba dilakukan oleh kerajaan yang ada sekarang ini, ia akan menimbulkan suasana haru-biru, khususnya kepada anggota penjawat awam yang bertindak sebagai badan pelaksana,” kata Hamzah Zainudin.

Katanya, pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sebelum ini telah memastikan rancangan itu mengikut jadual.

Kaanya 90 peratus daripada 195 sasaran mengikut jadual dan 31 peratus mencapai sasaran.

Dalam dua tahun pertama rancangan itu, iaitu 2021 dan 2022, purata Keluaran Negara Kasar (KDNK) naik 9.5 peratus setiap tahun.

“Dari segi fakta ini membuktikan bahawa ekonomi negara terletak dalam pemerintahan tepat dalam pemerintahan yang lepas,” katanya semasa perbahasan Kajian separuh penggal rancangan itu.