Skip to main
Logo Malaysiakini

Shahidan cadang pinda sistem pilihan raya, ikut Singapura

Artikel ini sudah 10 bulan diterbitkan

Seorang anggota parlimen Perikatan Nasional (PN) mencadangkan sistem pilihan raya raya Malaysia dipinda dengan meniru sistem Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) di Singapura.

Shahidan Kassim (PN-Arau) berkata sistem itu boleh mempertingkat perwakilan golongan minoriti  dalam Dewan Rakyat.

“Sistem ini adalah sistem terbaik. Sila pertimbangkan.

“Kita tak pernah buat pembaharuan sistem pilihan raya,” kata bekas menteri Wilayah Persekutuan itu.

Bercakap ketika membahaskan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), dia memberi contoh perwakilan masyarakat India yang rendah di parlimen.

“...orang India 6.6 peratus (dari populasi), meerka layak dapat 16 kerusi, (tapi) sekarang tak cukup kerusi.

Berdasarkan sistem di Singapura, sekumpulan calon akan bersama-sama bertanding sebagai satu pasukan merangkumi pelbagai kaum untuk bertanding dalam pilihan raya.

Setiap pasukan mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu calon daripada kaum minoriti negara itu, iaitu Melayu, India dan lain-lain.