Skip to main
Logo Malaysiakini

PN tak hormat Hari Malaysia pilih berhimpun 16 Sept - Saifuddin

Artikel ini sudah 10 bulan diterbitkan

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata PN tidak menghormati sambutan Hari Malaysia kerana memilih tarikh 16 September ini untuk mengadakan bantahan di ibu kota negara.

Saifuddin berkata PN boleh memilih hari lain untuk mengadakan acara mereka.

"Sebaiknnya jangan pilih 16 Sept, itukan tarikh yang sangat penting.

"Tarikh Hari Malaysia ini satu sambutan signifikan. Spirit-nya saling hormat, kepatuhan kepada undang-undnag.

Gambar fail, Pemuda PN selepas diambil keterangan oleh polis.

"Malangnya pihak menganjur (dari) banyak tarikh boleh pilih tapi dia pilih tarikh ini," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Perhimpunan PN itu membantah keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi daripada pertuduhan di mahkamah.

Bagaimanapun, penganjur demonstrasi itu kini mendakwa acara perhimpunan mereka bertujuan meraikan Hari Malaysia.

Dalam pada itu, Saifuddin berkata dia sendiri banyak belajar melalui protes jalanan dan merupakan produk daripadanya.

Bagaimanapun, katanya memandangkan Akta Perhimpunan Aman (PAA) masih berkuat kuasa, ia mesti dipatuhi.

"Pihak polis telah pun buat reaksi. Apa yang boleh dan apa yang tidak boleh.

"Kita ikut undang-undang," katanya lagi.

Polis menasihatkan orang ramai supaya menjauhi perhimpunan itu, sambil mendakwa PN tidak menyerahkan notis untuk acara mereka.

Di bawah PAA, penganjur mesti memberi polis notis lima hari sebelum perhimpunan berlangsung.

PN, bagaimanapun, berkata pihaknya telah berunding dengan polis sejak Isnin.