Skip to main
Logo Malaysiakini

Wee pertahan jawatan presiden MCA

Artikel ini sudah 9 bulan diterbitkan

Wee Ka Siong mempertahankan jawatannya sebagai presiden MCA untuk penggal kedua, menurut keputusan tidak rasmi pemilihan parti itu.

Setakat 9.48 malam tadi, Wee telah memperoleh 409 daripada 605 undi pilihan raya, menewaskan pencabarnya Tan Chong Seng dalam pertarungan satu lawan satu.

Tan, yang merupakan bekas ahli jawatankuasa pusat, hanya memperoleh 8 undi.

Menurut setiausaha agung Chong Sin Woon, Wee disahkan akan dilantik semula untuk menerajui jawatan itu.

"Sehingga 9:30 malam, Wee telah memperoleh separuh daripada undi (339 undi), jadi beliau disahkan akan dilantik semula sebagai presiden," katanya kepada pemberita di Wisma MCA di Kuala Lumpur hari ini.

Wee telah menjadi presiden MCA sejak 2018 dan sedang mendapatkan mandat baru untuk menerajui parti itu.

Tempoh khidmat pada asalnya ditetapkan tamat pada 2021. Bagaimanapun, pada 2019, MCA meminda perlembagaan partinya supaya pemilihan parti hanya diadakan enam bulan selepas setiap pilihan raya umum.

Sementara itu, timbalan presiden parti Mah Han Soon mengekalkan jawatannya tanpa dicabar.

Penyandang Timbalan Ketua Wanita MCA Tee Hooi Ling mengekalkan jawatannya tanpa bertanding.