Skip to main
Logo Malaysiakini

Loh tarik balik rayuan terhadap penglibatan Maips dalam kes jagaan anak

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Ibu tunggal Loh Siew Hong telah menarik balik rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips) yang campur tangan dalam kes hak penjagaan antara agama melibatkan tiga anaknya yang memeluk agama Islam secara sepihak.

Peguam kepada Loh daripada firma Gunamalar Law Chambers memfailkan notis pemberhentian di Mahkamah Persekutuan awal hari ini.

Mahkamah tertinggi negara pada mulanya dijadualkan mendengar permohonan kebenaran terhadap rayuannya esok.

Ketika dihubungi Malaysiakini, peguam J Gunamalar mengesahkan penarikan balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Maips campur tangan dalam kes jagaan di hadapan mahkamah keluarga sivil.

Semua pihak bersetuju tanpa sebarang kos dalam perkara itu, jelasnya.

“Kami percaya perkara yang paling penting ialah pada 19 Okt (perbicaraan di hadapan Mahkamah Rayuan), iaitu rayuan kami dalam perkara semakan kehakiman (terhadap usaha Loh untuk membatalkan penukaran Islam anak-anaknya oleh bekas suaminya Muhammad Nagahswaran Muniandy) ,” kata Gunamalar.

[Baca berita penuh]