Skip to main
Logo Malaysiakini

Sukarelawan polis diberkas disyaki komen aibkan ahli politik

Artikel ini sudah 9 bulan diterbitkan

Pihak berkuasa menahan seorang sukarelawan polis berhubung satu komen merujuk kepada seorang ahli politik yang didakwa mengaibkan dan keterlaluan.

Ketua Polis Johor Kamarul Zaman Mamat berkata wanita berusia 39 tahun itu ditangkap pada jam 10.58 malam di Endau, Mersing semalam (28 Sept) selepas seorang pegawai kanan polis membuat laporan polis terhadapnya.

"Pada 28 Sept, lebih kurang jam 10.22 malam, pihak IPD Johor Bahru Selatan telah menerima laporan polis berhubung komen di laman Facebook ke atas pemilik akaun bernama 'leyda Ibrahim'.

"Hasil siasatan mendapati suspek berkenaan merupakan seorang sukarelawan polis yang berkhidmat di Mersing.

"Semakan melalui SKMM telah dihantar untuk siasatan lanjut ke atas pemilik akaun," katanya.

Katanya, kes disiasat masing-masing di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

"Jika disabitkan kesalahan suspek boleh dihukum penjara sampai dua tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali," jelasnya.