Zahid: Takiyuddin cuba timbulkan kekeliruan dakwa polis 'bayangi' PN
PRK PELANGAI | Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menyangkal dakwaan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan tentang kehadiran "luar biasa"anggota polis pada setiap program yang dijalankan PN di Pelangai.
Ahmad Zahid berkata, Takiyudin cuba menimbulkan kekeliruan dengan membuat dakwaan itu.
"Saya kenal dia secara peribadi. Dia akan gunakan apa saja cara bukan sahaja untuk menimbulkan situasi untuk menyerang (secara politik) tetapi mewujudkan kekeliruan.
"Polis sangat profesional. Mereka cuba untuk mudahkan mana-mana parti dan calon untuk berkempen.
"Jangan persoalkan profesionalisme agensi penguatkuasaan, terutama polis," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan karnival kerjaya anjuran NGO Hawa Malaysia dan Perkeso di Pelangai, hari ini.
Semalam, Takiyuddin mendakwa ada kehadiran "luar biasa" anggota polis di program kempen calon PN Kasim Samat dan ia telah menimbulkan keresahan dalam kalangan orang ramai.
Dia juga mendakwa polis memantau program walkabout dan kunjugan rumah ke rumah yang dijalankan Kasim, yang menyebabkan kesukaran untuk dia berhubung dengan pengundi.
Kasim akan berdepan calon BN Amizar Abu Adam dan calon bebas Haslihelmy DM Zulhasli.
Berkenaan peluang BN kali ini, Zahid berkata dia yakin mereka akan mengekalkan kemenangan di Pelangai.
"Tetapi kita haru berusaha kerana seteru politik kita akan (berusaha) sedaya mungkin," katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai