Menteri agama nasihat Lee: Berhemah petik Al-Quran
Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee yang baru-baru ini dikecam kerana memetik al-Quran dalam salah satu video TikToknya telah mengunjungi Menteri Hal Ehwal Islam Mohd Na'im Mokhtar
Mohd Na'im berkata pertemuan itu berlangsung sebelum dia hadir merasmikan majlis Persidangan Antarabangsa Legasi Mufti Harussani di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar.
"Pertemuan yang sangat membina, satu persefahaman iaitu Islam tetap wajib ditegakkan di Malaysia sebagai agama Persekutuan.
"YB Howard Lee bersetuju dengan nasihat saya supaya lebih berhati-hati dalam mengambil petikan ayat Al-Quran agar tidak menimbulkan salah faham terutama di zaman media sosial ini,” tulis Na'im pada hantaran di Facebook.
Video Lee, yang sejak itu telah dialih keluar, menjadi subjek laporan polis dan kritikan daripada pemimpin PN, terutamanya oleh Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.
"Yang liberal ni dia kata sekurang-kurangnya dia (Howard) mengaji..kepala bapak hang...hang bodoh.
"Quran ni Tuhan turunkan penuh kesucian, kemuliaan dia ada disiplin untuk menghurai, untuk menterjemah.
"Ni hangpa alif ba ta pun tak tahu...kote (anu) pun tak kerat," tegas Sanusi pada satu majlis ceramah kempen PN di Pelangai.
Berikutan itu, Lee memohon maaf atas tindakannya itu.
Bagaimanapun, Lee menunjukkan bahawa PN tidak kisah penyokong bukan Islam dan Gerakan untuk memetik ayat al-Quran dalam ucapan awam mereka.
Pada masa lalu, PAS tiada masalah malah memuji pemimpin DAP memetik ayat Al-Quran ketika era kerjasama politik mereka.
Sejak kontroversi ahli parlimen Ipoh Timur itu juga, rakaman pemimpin bukan Islam PAS memetik ayat Al-Quran juga kembali tular di media sosial.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai