Gempa bumi gegarkan utara Filipina
Artikel ini sudah setahun diterbitkan
GLOBAL | Gempa bumi luar pesisir berukuran 6.2 pada skala Richter menggegarkan wilayah Cagayan di utara Filipina pagi Rabu, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.
Gempa bumi pada 11.35 pagi waktu tempatan itu melanda pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 22 kilometer timur laut Dalupiri, lapor Xinhua.
Gempa tektonik itu dijangka mencetuskan gegaran susulan tetapi tidak menyebabkan kerosakan, menurut institut itu.
Kepulauan Filipina mempunyai aktiviti seismik yang kerap susulan kedudukannya di sepanjang "Ring of Fire" Pasifik.
- Bernama-Xinhua
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai