Isu telur dan beras: MP PN gesa Mat Sabu letak jawatan
Dikemas kini dengan berita penuh.
Seorang ahli parlimen PN menuntut Mohamad Sabu meletakkan jawatannya sebagai menteri pertanian dan keterjaminan makanan.
Zulkafperi Hanapi (PN-Tanjong Karang) yang membuat gesaan itu, mendakwa Mohamad gagal menangani isu bekalan telur mentah dan beras putih tempatan ketika ini.
Zulkafperi berkata seorang pemimpin parti bukanlah kriteria bagi membolehkan seorang pemimpin cemerlang menerajui sebuah kementerian.
"Ketua parti bukanlah kriteria yang melayakkan secara automatik untuk diangkat sebagai menteri, ini jelas dengan kegagalan menteri pertanian dan keterjaminan makanan yang kelihatan dipandu dan memandu kementeriannya.
"Ini terserlah dengan isu telur dan sekarang isu bekalan beras putih tempatan.
"Jadi saya mohon maaf menteri (Ahli Parlimen) Kota Raja untuk meletakan jawatan menteri ataupun PM perlu menggantikan beliau dengan seorang yang lebih kelayakan bagi menerajui kemeterian penting ini dan menyelesaikan isu makanan rakyat," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Terdahulu, Zulkafperi berucap bagi membahaskan Rang Undang-Undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 di parlimen.
Sementara itu, bangkit mencelah, Tan Kar Hing (PH-Gopeng) turut mencabar Zulkafperi turut meminta Abdul Hadi Awang (PN-Marang) meletakkan jawatan kerana jarang berada di parlimen.
“Kalau kata cadangan Tanjung Karang nak menteri pertanian untuk bertanggungjawab atas isu beras tempatan berkurangan saya juga ingin mencabar Tanjung Karang untuk melihat kehadiran Marang.
“Kalau dilihat kepada kehadiran, Marang punya kehadiran adalah kurang dan ponteng, minta dia juga letak jawatan,” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai