‘Tangani fitnah dengan penjelasan tuntas, bukan dijenayahkan’
PAS menyelar sekatan kerajaan terhadap portal berita dan yang dianggap dibuat tanpa alasan yang jelas dan tepat.
Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata perkara itu bertentangan dengan Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kebebasan bersuara.
“Adakah hak kerajaan untuk memutuskan perkara yang benar atau tidak tepat?” soalnya Dalam ucaptama sempena muktamar Pemuda PAS di Shah Alam sebentar tadi.
Fadhli tidak menyatakan portal itu secara khusus.
Ia bagaimanapun dipercayai merujuk kepada Malaysianow yang kini tidak lagi beroperasi, TV Pertiwi dan Utusan TV.
Sementara itu, Fadhli juga menyindir kerajaan mungkin lupa bahawa merekalah yang memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar apabila mengambil alih kuasa kali pertama pada 2018.
“Fitnah atau berita palsu ini haruslah ditangani dengan penjelasan yang tuntas, bukan dijenayahkan,” katanya.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai