Skip to main
Logo Malaysiakini

PAS tak terima tawaran sertai kerajaan, kata Takiyuddin

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

PAS tidak menerima sebarang tawaran untuk menyertai kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kata setiausaha agungnya Takiyuddin Hassan.

“Tawaran itu terbuka kepada Time magazine, tapi kita belum terima apa-apa (tawaran),” katanya kepada pemberita selepas melawat bilik media sempena Muktamar PAS di IDCC Shah Alam, hari ini.

Takiyuddin Hassan

Dalam temu bual bersama Time, majalah politik dan isu semasa baru-baru ini, Anwar berkata dia pernah menjemput PAS menganggotai kerajaannya tahun lalu namun ditolak.

Bagaimanapun, Anwar memberi 'jaminan' tidak akan menghalang kerjasama dengan parti berkenaan pada masa akan datang.

Ditanya apa reaksi PAS, anggota parlimen Tambun itu berkata, tiada penolakan yang jelas atau maklum balas positif.

Anwar memberi gambaran pintu untuk PAS menyertai kerajaan belum ditutup rapat.