Skip to main
Logo Malaysiakini

Kerajaan tak bersungguh selesai masalah rakyat - Hadi

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengkritik pentadbiran kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan mendakwa kerajaan hari ini tidak bersungguh menyelesaikan masalah dihadapi rakyat.

Hadi berkata masalah inflasi dan kenaikan harga barang yang membelenggu rakyat tidak diberikan keutamaan oleh kerajaan.

"Masalah inflasi dan kenaikan harga barang tidak diselesaikan secara aulawiyyat (keutamaan). Hari ini keutamaan makanan beras bagi negara perlu diberi penekanan, tetapi tidak diberi penekanan yang bersungguh-sungguh, malah sebaliknya dilihat penekanan (diberi) dalam perkara yang lain.

"Kita bimbang.. beras dikuasai oleh kartel-kartel yang mengaku (disokong) kerajaan," katanya dalam ucapan dasar dan perasmian pada Muktamar PAS ke-69 di IDCC, Shah Alam, hari ini.

Bercakap soal keutamaan, Hadi berkata soal rasuah, kebocoran dan pemborosan masih tidak diberikan keutamaan untuk dicegah dan diselesaikan.

“Kita juga menghadapi kemungkaran ekonomi yang sangat bejat dan merosakkan perjalanan pentadbiran negara,” katanya.

Anggota parlimen Marang justeru menyeru semua pihak bermuhasabah terhadap perkara negatif

dalam perjalanan pengurusan ekonomi negara.

“Masih banyak masalah dan penyakit-penyakit yang tidak dapat diselesaikan, seperti masalah kemiskinan, pengangguran, inflasi yang membebankan rakyat, kezaliman dengan bersikap

double standard, dan masalah yang menyanggah prinsip Perlembagaan Persekutuan, iaitu federalisme,” katanya.

Hadi bagaimanapun tidak memperincikan ucapannya.