Skip to main
Logo Malaysiakini

Pemilihan PAS: Sanusi, Fadhli, Khalil raih undi terbanyak

Artikel ini sudah 8 bulan diterbitkan
  • Dikemas kini dengan maklumat tambahan.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mendapat undian tertinggi dengan 1,098 undi pada pemilihan jawatankuasa kerja PAS bagi penggal 2023- 25 pada Muktamar Tahunan PAS ke 69 di Shah Alam, hari ini.

Ia diikuti dua bekas ketua Pemuda Ahmad Fadhli Shaari dengan 1,042 undi dan Muhammad Khalil Abdul Hadi (1,033 undi) bagi melengkapi senarai 18 orang AJK.

Fadhli ialah anggota parlimen Pasir Mas manakala Khalil ialah anak ketujuh Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Lima jawatan paling kanan—presiden, timbalan presiden dan tiga naib presiden—tidak dipertandingkan kerana tiada pencalonan.

Sanusi sebelum ini dicalonkan untuk mencabar kerusi naib presiden tetapi dia menarik diri.

Seramai 22 orang bertanding bagi merebut 18 jawatan AJK yang dipertandingkan.

Ini bermaksud empat orang tidak mendapat tempat.

Beberapa nama turut tewas antaranya, Ketua Assabiqun (veteran), Mahfodz Mohamed dan Ketua PAS Perak, Razman Zakaria.

Adun Penaga, Mohd Yusni Mat Piah dan bekas ahli parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan Tantawi juga tidak terpilih.

Seramai 1,356 perwakilan layak mengundi untuk pemilihan itu dengan jumlah yang mengundi ialah 1,141 orang atau 84.14 peratus.

Senarai penuh anggota jawatankuasa pusat PAS

Presiden: Abdul Hadi Awang
Timbalan Presiden: Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden: Idris Ahmad
Naib Presiden: Mohd Amar Abdullah
Naib Presiden: Ahmad Samsuri Mokhtar

(Lima pihak di atas menang tanpa bertanding)

AJK 

Muhammad Sanusi Md Nor - 1,098 undi
Ahmad Fadhli Shaari - 1,042
Muhammad Khalil Abdul Hadi - 1,033
Azman Ibrahim - 995
Hajjah Halimah Ali - 961
Khairil Nizam Khirudin - 945
Ahmad Marzuk Shaari - 944
Siti Zailah Mohd Yusoff - 941
Awang Hashim - 926
Riduan Mohamad Nor - 924
Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim - 915
Mohd Nassuruddin Daud - 914
Mohamed Fadzli Hassan - 911
Kamaruzaman Mohamad - 865
Hajjah Najihahtussalehah Ahmad - 815
Mohd Misbahul Munir Masduki - 808
Iskandar Abdul Samad - 806
Rosni Adam - 777