Skip to main
Logo Malaysiakini

Lebih 3,000 berdemo kecam kezaliman Israel

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Penganjur bersama Viva Palestina Malaysia dan MyCare berkata bantahan itu bertujuan mengecam kezaliman Israel yang terus menindas rakyat Palestin.

"Sepuluh tahun lepas, pada 2014 kita pernah berhimpun di tempat sama untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin yang ditindas dan dizalimi tiada terselamat dari serangan mereka.

"Sekolah UNHCR turut dibedil hingga ramai terbunuh.

"Mereka sasarkan kanak-kanak di pantai. Itu peristiwa 2014. Sekarang, dah sepuluh tahun tak pernah lupakannya walaupun mungkin kita rasakan setiap kali diserang kita bangkit.

"Hari ini kita berkumpul sekali lagi, untuk mengecam dan menekan terus negara-negara dunia, termasuk Israel untuk hentikan segala serangan udara dan darat ke atas rakyat Gaza," kata penasihat kehormat MyCare Dr Hafidzi Md Noor.

Dia turut meminta negara dunia lain supaya mendesak Israel untuk segera menghentikan serangan ke atas Palestin.

Para penunjuk perasaan yang berkumpul di Dataran Merdeka sejak pukul 9 pagi tadi antaranya melaungkan slogan "bebaskan Palestin" dan "kita sokong Palestin."

Terdahulu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar meminta rakyat Malaysia terus bersama Palestin dan menolak jenayah perang yang dilakukan rejim Israel di Gaza.

"Pihak PBB telah memperakui bahawa Israel ini telah membuat penindasan terhadap rakyat Palestin.

“Mereka masih mengepung, membunuh dan menindas rakyat Palestin serta perlu tahu Amerika ini telah bersekongkol dengan Israel.

"Beberapa bantuan ke Palestin tidak sampai, malah ada bantuan yang telah dibom kerana membantu rakyat Palestin.

“Semua mahukan semangat kemanusiaan bersama untuk menghentikan kekejaman Israel ini.

"Israel tidak ada hak untuk mempertahankan tempat itu kerana negara itu adalah kepunyaan Palestin.

“Rejim Zionis telah melakukan jenayah perang dan mereka perlu mengembalikan negara itu kepada Palestin semula," katanya.

Anak perdana menteri itu juga meminta masyarakat antarabangsa supaya bangkit mempertahankan Palestin dan menghentikan propaganda Israel melalui semua platform media.